7 Disember 2015 - 10:35
Kapal perang Russia cetus kemarahan Turki

Turki berang dengan tindakan seorang prajurit Russia yang sengaja memperagakan pelancar roket di atas kapal perang

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Turki menuduh Russia sengaja mencetuskan provokasi pada hari Ahad lalu apabila seorang prajuritnya memperagakan pelancar roket, ketika kapal perang negara tersebut belayar di laut Bosphorus.

Insiden ini dirakam ketika hubungan baik antara kedua-dua negara tersebut merosot dengan ketara sejak minggu lepas apabila Turki yang
merupakan ahli NATO pertama dalam tempoh lebih setengah abad bertindak menembak jatuh pesawat Russia tanpa alasan munasabah.

Berita NTV Turki menyiarkan gambar seorang prajurit Russia memikul pelancar roket di atas dek kapal pendaratan, Caesar Kunikov ketika melalui
selat Bosphorus, Sabtu lalu.

"Seorang askar Russia yang menayang pelancar roket atau aksi yang sama seperti itu ketika kapal perang Russia belayar merupakan sebuah provokasi," kata Menteri Luar, Mevlüt Çavuşoğlu, lapor portal berita Hürriyet. "Jika kita melihat keadaan yang mengancam, kami akan memberikan tindak balas yang sepatutnya."

Bosphorus yang membelah bumi Istanbul satu-satunya jalan untuk armada laut Russia ke kawasan tersebut. Dalam perjanjian era perang dunia pertama, Turki diwajibkan memberi laluan kepada semua kapal belayar dengan aman. Sejak jet Russia ditembak jatuh, Moscow memperkenalkan sekatan ekonomi termasuk larangan import ke atas bahan makanan Turki dan lain-lain porduk bernilai 1 bilion Dollar.

..................